Proses Penghasilan Ikan Pekasam

Mesti ramai yang hendak tahu bagaimana proses penghasilan produk Kiah Pekasam ini dihasilkan betul?
Produk ini telah dinilai dan mendapat kelulusan pasaran oleh JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pembuatannya sangat rapi agar produk yang dihasilkan bermutu dan berkualiti.

Proses Penghasilannya adalah seperti berikut.

No. 1 Pengawetan


Ikan yang sudah siap dibasuh akan diperam menggunakan garam selama seminggu.

No. 2 Campuran Beras Bakar


Selepas satu minggu, ikan dicuci kembali dan beras yang dibakar dalam kuali, akan dikisar dan dicampur dengan ikan yang sudah diperap dengan garam tadi.

No. 3 Pemeraman Beras Bakar


Ikan Kembali diperap dalam bekas kedap udara selama seminggu.

No. 4 Vakum


Ikan yang sudah diperap akan divakumkan untuk membuang udara dari dalam plastik bungkusan.





Beginilah akhirnya bersama label jenama Kiah Pekasam. Ia dijamin kebersihannya dan kehalalannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan