Resepi Masakan Ikan Pekasam

Kebiasaannya Ikan Pekasam hanya digoreng bersama bawang dan cili. Ia tidak perlu dibasuh. Untuk lebih sedap, boleh ikut menu di bawah.

Ikan Pekasam goreng

Bahan-bahan

200gm Ikan Pekasam
5 Ulas Bawang Merah
5 Tangkai Cili Kering
Garam dan Serbuk perasa

Cara Masakan.

1. Bawang Dihiris dan cili dipotong kecil.
2.Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan pekasam sehingga masak.
3.Masukkan sedikit serbuk perasa.
4.Gorengkan pula Cili dan bawang tadi.
5. Taburkan bawang dan cili yang telah digoreng di atas ikan pekasam.


Ikan Pekasam Kuah Pelara


Bahan-bahan

250gm ikan pekasam
20 biji cili padi
3 biji bawang kecil
1/2 biji kelapa (dijadikan santan)
10 biji belimbing buluh
Sedikit belacan
Ulam-ulaman

Cara masakan.

1. Rebuskan ulam-ulaman sehingga layu kemudian diketepikan.
2.Panaskan santan cair dan masukkan bawang, cili padi, asam belimbing dan belacan.
3. Masukkan ikan pekasam dan kacau sehingga hancur. Biarkan mendidih.
4.Masukkan santan pekat dan masak sehingga mendidih.
5. Hidangkan bersama ulam-ulaman.

Ikan Pekasam masak lemak pucuk ubi.



Bahan-bahan

300gm Ikan Pekasam
20gm pucuk ubi
16 biji cili api (ditumbuk lumat)
6 biji belimbing buluh (dibelah dua)
3 biji bawang merah (ditumbuk lumat)
1 Paket Santan
2 Helai daun kunyit
2.5cm kunyit hidup (ditumbuk halus)
2 batang serai
Garam secukup rasa

Cara Masakan

1.Celur pucuk ubi terlebih dahulu.
2.Masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama santan dan belimbing.
3. masukkan pucuk ubi dan daun kunyit. Setelah mendidih, masukkan ikan pekasam dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan garam secukup rasa.


Akan Datang






Semua maklumat resepi di atas adalah dari buku, Produk Ikan Pekasam Tiga Perisa, Negeri Perak Darul Ridzuan, Cetakan Pertama tahun 2006 dan diterbitkan oleh Cawangan Komunikasi, Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan